Eka Aris Al Rosyid

Sebuang ungkapan rasa

Mencintainya Dalam Diamku

Leave a Comment

Cukup cintai dia dalam diam..

Bukan kerana ku membenci hadirnya..

Tetapi menjaga kesuciannya

Bukan kerana menghindari dunia..

Tetapi meraih syurgaNYA

bukan kerana lemah untuk menghadapinya..

Tetapi menguatkan jiwa dari godaan setan yang begitu halus dan menyelusup..


Cukup cintai dia dari kejauhan..

Kerana hadirku tiada kan mampu menjauhkannya dari ujian..

Kerana hadirku hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan..

Kerana mungkin sajakan membawa kelalaian hatii yang terjaga..


Cukup cintai dia dengan kesederhanaan..

Memupuknya hanya akan menambah penderitaan..

Menumbuhkan harapan hanya akan memberi kebahagiaan semu para setan..

Maka ku ingin cintai dia dengan keikhlasan..

Kerana kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati..

Tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..?

Insya Allah.. Pilihan ALLAH itu yang TERBAIK..

'..boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.' ~Surah Al Baqarah : Ayat 216~


Cukup cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan..

Kerana tiada yang tahu rencana Alloh..

Mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan..

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan..

Serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya..

biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..


Tidaklah salah untuk mencintai seseorang itu..

Biarpun hanya sekadar dalam diam.. Biarpun hanya dari kejauhan...

Biarlah menjadi rahasia hamba dan Tuhannya...

Semoga rahmat Allah menaungi kita selalu..

Meskipun mencintai dalam diam ini kadang-kadang menyakitkan.. tapi..apa salahnya berkorban untuk agama?

Siapa tahu.. Allah akan memakbulkan doa kita agar kita bersama2 dgn yg kita cintai itu..

Kan itu lebih diberkati oleh Allah..

Permulaan hubungan kerana Allah.. dan pengakhiran juga kerana Allah Taala..

Sesungguhnya.. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNYA selagi kita beriman dan mematuhi segala perintah Allah..

Takdir Allah adalah rahasia.. Tiada yang tahu..

Yang penting kita berusaha memantapkan ilmu, iman dan taqwa kita kepada Allah..


Semoga kita menemukan pendamping hidup yang terbaik dan mententeramkan jiwa

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 komentar:

Post a Comment